Saturday, April 9, 2011

Lets Learn Makeups! (Foundation Tools)

Salam pembaca yang disayangi,

Ada pula yang bertanya.. "Nu, macam mana nak letak foundation ni??".. Soalan yang bagus, kali ni nu share mengenai toolsnya pula..  Foundation boleh di aplikasi menggunakan berus, round sponge, latex or wedges sponge, spatula, atau pun guna jari! hurmm..?? itulah hakikatnya...



Berus ada beberapa berus khas untuk foundation ni. kebanyakkannya dari material sintetik.. Sintetik (dalam bahasa melayu hehe... 'Synthetic' yang sebenarnya) kerana lebih mudah di apply berusnya tidak terlalu kasar atau terlalu lembut. Tekstur ini yang terbaik utk menyamaratakan foundation yang jenis liquid, cream atau mousse. Banyak bentuk-bentuk yang boleh kita tgk kat pasaran kini




Round Sponge pula ada byk jenis, dan yang paling mendapat sambutan adalah Pink Sponge dari Kryolan.. Pink Sponge ni memang dicipta khas untuk kryolan product. Bulat dan mudah untuk digunakan.. Foundation yang sesuai adalah yang bertekstur creamy dan pekat atau likat dan juga untuk foundation yang jenis matte dan cake



Latex atau Wedges Sponge ni lebih kurang sama tapi bentuknya saja yang lain. Ada yang tiga segi, empat segi, bulat, bersegi segi... hihihi... tp yang pastinya span ni kenyal dan boleh dicuci.. So, jimat sikit kan! Kebiasaanya span jenis ini telah pun disertakan sekali dalam packaging, terutamanya foundation yang powder base, cream to powder base.. Akan tetapi ada juga di jual yang loose.. Span jenis ni, mesra alam... huish, kenapa? sebab... semua jenis foundation ngam dia span ni.. cuma kena ada tekniknya saje.. dan span ni boleh recycle. cuci dan guna semula.. :) Bagus kan!

Spatula ni sebenarnya bukanlah dari jenis jenis aplikasi macam yang lain lain.. Ianya berfungsi sebagai, "blender" atau pun penyebati /penyamarata.. huhu,.. belajar tatabahasa... kalau nak blend 2 atau lebih produk.. inilah yang terbaik! Nu sarankan kerana, dengan spatula ni, kita boleh anggar jumlah foundation yang nak guna dan campur adukkan..

Dan akhir skali, guna jari??? hurmm.. macam iklan syampu la.. guna jari pun boleh... hihihi.. Sebenarnya ada beberapa teknik yang cepat dan mudah. Zaman skrg ni kita makeup dalam tandas, dalam kereta, dalam train.. hurm.. kejar masa kan.. Jadi, gunalah kelebihan yang ada untuk mempercepat dan memperkemaskan solekan... Tapi bukan untuk solek kan muka orang lain ya! Kebersihan dalam menyolek dan solekan menggambarkan kita yang sebenarnya..

Kalau nak tau, teknik yang terbaik dan gebusss, jom join kelas Nu.. InsyaAllah kita share semuanya!

Ok, selamat bercantik cantik.. (^_^)v


Sharing is Caring.. 
Love,

Nu

No comments:

Post a Comment