Sunday, April 24, 2011

Tips Pemilihan Foundation

Salam pembaca yang disayangi..

Kali ini nu nak share pasal pemilihan foundation.. Ramai yang bertanya dan mempunyai masalah dalam memilih tekstur dan warna bagi foundation ni.. Dan ada juga yang tersalah beli dan buang aje warna yang tersalah beli td... Ish..ish.. jangan membazir.. sayang.. Jom tgk macam mana nak kenalpasti tesktur dan warna yang sesuai untuk kulit anda...

Kenalpasti kulit

Lain orang lain kulitnya. Ada yang berminyak, ada yang kering, pori terbuka, kombinasi, sensitif juga yang normal.


Kulit Normal 
Sangat beruntung! Kulit seperti ni biasanya smooth with small pores, even texture and feels great all the time. Kawasan yang kering sedikit biasanya daerah pipi tapi tak keterlaluan, Kadang-kadang mereka ada liang roma yang terbuka di kawasan T-zone (dahi, hidung, atas mulut) tapi biasanya, taklah ketara sangat.. The water and oil content of your skin is balanced.




Kulit Kering 
Kulit lebih terasa tegang selepas cuci. Kebiasaannya  seluruh muka ada daerah yang mengelupas, kasar dan dehydrated. Liang roma tak nampak, kalau ketawa mmg senang nmpk garisan tepi bibir..

Kulit Berminyak 
Kulit nampak berminyak lebih-labih lagi kat kawasan T zone. Minyak yang sangat ketara dan kena selalu wipe.. Liang roma terbuka dan mudah berjerawat. Makeup akan hilang selepas 3 jam pakai! Aduh... 

Kulit Kombinasi 
You are a little oily and dry. Biasanya berminyak di dahi, hidung dan dagu.. Kering di pipi. 

Kulit Sensitif
Ada banyak jenis skin yang sensitif. Ada sensitif normal, sensitif kering, kombinasi atau pun sesitif berminyak. Kalau salah pilih produk, muka gatal, kemerah merahan atau pun naik jerawat. Ini biasanya berpunca dari beberapa faktor, contohnya cuaca, persekitaran yang kotor, pengambilan ubatan, diet yang kurang seimbang, hormon tak seimbang, allergi pada chemical dalam produk dan sebagainya.
Those with sensitive skin will see a huge turn around when you start using skin care and makeup that is as free of as many chemicals as you can get.
Dan yang sebenarnya, lebih kurang chemical, lebih elok untuk kulit kita!



Pemilihan Foundation

Bila dah kenal pasti kulit, cari produk yang bersesuaian.. kalau oily carilah yang 'oil-free', 'oil-control', atau 'matte', kalau kering cari pula yang 'oil-based', 'moisture rich' atau 'dehydrating'. Untuk kulit kombinasi carilah yang berasas kan powder atau cream. Dan yang sensitif, pilihla yang ada tekstur mineral di dalamnya..

Pemilihan Warna

Ramai yang keliru kalau nak memilih warna, ada yang terkena muka jadi kelabu! alamak.... dan ada pula yang putih sangat.. 

1. Kenalpasti undertone skin. Kalau nak tau, try tgk lengan kita warna apa, selalunya kulit melayu , yellow base, dan kulit india atau pun china, biasanya pink base.. tapi ada juga yang sebaliknya. 

2. Perhatikan sekeliling terang atau tidak... pencahayaan amat penting, kalau kawasan kaunter tu macam malap je, keluar je dari shop dan bawak contoh warna untuk dicalitkan pada muka. Tapi jangan lupa masuk kedai balik ya!.. huhu

3. Pilih warna yang seakan-akan dengan kulit. Kalau tak jumpa, pilih warna yang 1 tona lebih gelap dari kulit, kemudian seimbangkan dengan powder yang 1 tona lebih cerah...

4. Ada juga yang kulit berminyak mempunyai masalah foundation lebih gelap bila kulit dah 'pecah minyak', sekiranya ini berlaku, guna foundation yang 1 tona lebih cerah dari kulit.

Tips: 

* Gunakan rahang muka sebagai penentu warna, bukan tangan ya! Ratakan dan tgk, kalau sama, itulah yang paling sesuai!
* Biasakan guna foundation brush, atau sponge yang bersesuaian. Wah, mahirkan diri macam pro ye!
* Sentiasa ada cermin dalam handbag! Barulah kita tahu apa yang sesuai untuk kulit kita sebab cermin adalah teman terbaik kita!

Kalau masih kurang pasti dan tak tahu macam mana teknik yang betul, temui nu di Intensive Makeup Class nnt ya!

Oklah, jumpa lagi ya! Selamat bercantik cantik semua....

Love, 

Nu

4 comments:

  1. best la bl0g kak nu..byk tips..i loikeee~ lurv u larhh kak nu.. ;)

    ReplyDelete
  2. amy! lap u too... huhuu.. sharing is caring.. :)

    ReplyDelete
  3. saya berrrrrrkulittt berminyak....

    ReplyDelete
  4. CJ, cuba la tips yang akk bg ni ye.. insyaAllah lepas tu takde masalah dah.... :)

    ReplyDelete