Friday, April 8, 2011

Lets Learn Makeups! (Foundation)

Salam pembaca disayangi..

Terpanggil nak buat artikel pasal makeup ni..
Rasanya semua tau pasal bedak asas ataupun lebih mesra dengan Foundation.. huhu

Ada yang bertanya pasal foundation ni... Macam mana boleh campur adukkan colour.. 3 foundation letak skaligus.. hurmm.. Agak complicated juga kalau nak terangkan disini.. Maaf ya kalau merojakkan bahasa..  Lebih santai kan...

Ada banyak jenis  foundation sebenarnya, antaranya Liquid Foundation (Cecair), Tinted Moisturizer (Pelembab yang berfungsi sebagai asas makeup), Mousse Foundation (Buih), Cream Foundation ( Krim), Cream to Powder Foundation ( Dwicara), Minerals dan yang terbaru BB Cream.


Liquid (Cecair)

Tekstur yang ringan dan lebih mudah di apply.. Ramai yang gunakan untuk penggunaan harian. Gunakan berus yang sesuai atau pun wedges yang lembut. Amat sesuai untuk yang berkulit kering tapi ada juga untuk kulit yang berminyak, ada di antara brand yang terkemuka yang ada oil-free base.


Tinted Moisturizer (Pelembab dengan asas)

Bunyi mcm pelembab aje kan.. Tapi sebenarnya tinted moisturizer ni adalah kombinasi antara pelembab dan bedak asas.. Bagi yang sukakan coverage yang nipis dan pada masa yang sama ada masalah kulit kering. Ini adalah pilihan yang paling  tepat! Sambil jaga kulit, sambil berbedak.. okla kan..


Mousse (Buih)

Antara yang nu suka!! Sebab tak berminyak dan paling ringan! Sangat sesuai utk blend dengan foundation jenis lain.. Tp kalau ada yang sukakan foundation mcm tak nampak je.. boleh cuba mousse.. Sebab tak cakey.. Juga bagi yang ada tekstur ageing, boleh cuba jenis ini..


Cream (Krim)

Jenis krim adalah yang paling popular dan sering digunapakai.. Untuk kegunaan harian, stage makeup, pengantin juga! Tekstur krim lebih likat dan tahan lama. Krim ni ada pelbagai jenis, ada yang diisi dalam botol, macam stick, dalam bekas khas juga macam tiub, round compact case. Rata-rata jenama di pasaran lebih suka mempromosi foundation jenis ini. Nak tau kenapa... Sebab org sekarang suka yang senang.. Sama mcm nu juga.. hehe. Krim ni guna je span latex, pastu letak loose powder.. gebuss aje... huhu.. 
Kalau berkulit kering, pilih jenis krim yang ada kandungan moisturizer atau oil yang akan bagi impact smooth finish.. kalau berkulit berminyak pulak, pilih yang jenis matte, jadi impactnye maksima! waaahh... maknanya takde la nmpk mcm cermin muka kita nnt.. hehe



Cream to Powder

Kalau nak guna hari-hari dan tak suka letak banyak-banyak produk kat muka.. Ini lah yang terbaik! Biasanya  bentuknya lebih kepada compact powder yang biasa dilihat dipasaran. Bagi yang kulit berminyak, nu sarankan untuk guna jenis ni, sebab teksturnye padat dan tidak berminyak. Dan kalau dah bersolek, boleh juga digunakan untuk touch up dan reblend.



Minerals

Kandungan minerals inilah yang buatkan makeup nampak glowing! Ramai juga yang bertanya, macam mana nu buat muka orang tu berseri-seri dan pipi nampak macam seketul.. Nah, inilah jawabnya! Kandungan minerals dan shimmer dalam foundation amat membantu untuk menyerikan dan lagi satu mineral ni menyihatkan muka! 



BB Cream

Sebenarnya BB Cream ni adalah kombinasi antara Pelembab, Serum, Asas Makeup dan Foundation! Wah... haaa... baru tau kan! Thanks to MAC yang ajar nu.. Kalau nak buat sendiri pun boleh.. Tapi nak lah kena gayanya.  BB Cream sangat laris di pasaran. Lepas guna BB Cream, leh terus guna loose powder atau compact powder. Bestkan! leh guna hari2 sambil sihatkan muka...  Kalau nak guna as makeup base  pun boleh.. tapi jangan berlebihan ya nanti berminyak pula..

 ** Gambar-gambar ini contoh saje ye, boleh gunakan produk lain jika mahu... :)


Tips : 
- Pilih tona yang sesuai ikut rahang muka, bukan di tangan ya, kadang kadang tangan kita lebih gelap dari muka.
- Jangan buang foundation yang tersalah beli tona nya.. Cuba blend warna atau pun gunakan bedak debu atau compact yang lebih cerah atau gelap dari foundation tadi ya..


Setakat ni aje lah yang boleh nu share.. Kalau nak tau lanjut, jumpa di Makeup Class nu nnt! Selamat bercantik cantik semua! :)

Sharing is Caring... 
Love,

Nu

2 comments:

  1. Hai akak adik singgah sini...weeee...Nanti kita nak blajar makeup jugekla..wwahahaahaa

    ReplyDelete
  2. adik.. cukupla bljr photo.. makeup2 bg akk buat dah la ye... huhu..

    ReplyDelete